Pelancaran Hari Koperasi & Mesyuarat Agung Anggota Koperasi ke-2
Bertempat di Institut Kemajuan Pekebun Kecil, Kuala Krai, Kelantan
Pelbagai pilihan baju
Sah sehingga Disember 2016

LAMAN UTAMA

KHIDMAT MENGIKLANAN PRODUK ANGGOTA DI LAMAN WEB

Salah satu perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada anggota Koperasi ialah memberi peluang kepada anggota2 untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di laman web Koperasi.

Pengiklanan produk di internet adalah salah satu dari medium pemasaran yang sangat berkesan di alaf ini kerana pemasaran secara Online dikenal pasti sebagai lebih murah, mudah dan boleh mencapai ke sasaran pembeli dengan lebih cepat dan berkesan.

 

Untuk memohon perkhidmatan secara PERCUMA di atas, sila isikan maklumat diri dan perniagaan anda di sini >>>> 

KHIDMAT MEMBUAT TUNTUTAN IPG - INSENTIF PENGELUARAN GETAH

Kerajaan telah mengaktifkan insentif tersebut bermula pada Disember 2015. Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan penoreh getah tetap menoreh walaupun nilai harga getah di pasaran menurun. ni bermaksud harga getah mencapai pada aras serendah yang tertentu, maka penerima insentif akan dibayar sebanyak RM0.20 sekilogram cuplumps (100% KGK), RM0.90 sekilogram lateks (100% KGK) dan RM0.20 ke atas setiap kilogram getah keping (100% KGK) kepada pekebun kecil  yang berkelayakan mulai 1 Januari 2016 hingga ke 31 Disember 2016.

Anggota-anggota Koperasi bolehlah mula membuat tuntutan dalam tempoh tersebut bagi getah yang dikeluarkan sepanjang bulan sebelumnya.

 

Untuk mendapat penjelasan lebih lanjut, sila ikuti bual bicara Ketua Unit Perlesenan, Lembaga Getah Malaysia iaitu En. Kameruzzaman melalui KELANTAN.FM dengan menekan link di bawah >>>>>> 

 

 

TAKLIMAT SKIM KADAR RATA (FRS) OLEH KASTAM

Pada 30 September 2015 ( hari Rabu ) bertempat di Hotel the Zenith, Kuantan, pihak kerajaan dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia, Putrajaya dengan kerjasama MPIC ( Malaysia Productivity Industry and Commodity ) telah menganjurkan Taklimat Skim Kadar Rata ( Flat Rate Scheme - FRS ) kepada semua koperasi yang terlibat dengan aktiviti komoditi getah di kawasan negeri Pahang, Trengganu dan Kelantan.

Tidak ketinggalan pihak Koperasi KUGB juga telah dijemput untuk datang mengikuti Taklimat tersebut. KUGB telah diwakili oleh En. Shamsul Bahri b. Mohd Amin.

 

Taklimat dimulai oleh wakil dari pihak MPIC Malaysia Taklimat disampaikan oleh Unit FRS, Jabatan Kastam dan Eksais, Putrajaya
Sessi soal jawab antara peserta dengan pihak MPIC dan Kastam Senarai jemputan dan kehadiran Koperasi dari negeri Kelantan 

BENGKEL KOPERASI BARU SKM

Pada 7 Disember 2016 ( hari Isnin) bertempat di Dewan Utama Majlis Daerah Tumpat, Pantai Sri Tujuh telah diadakan taklimat untuk kopersi2 baru di bawah pentadbiran SKM ( Suruhanjaya Koperasi Malaysia ) jajahan Pasir Mas / Tanah Merah / Tumpat. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah SKM Negeri Kelantan iaitu Tn. Haji Sabri.

Taklimat tersebut telah diwakili oleh Pengerusi iaitu Tn. Hj. Mohd Amin dan Pengurus Koperasi En. Shamsul Bahri.

Sessi taklimat sedang disampaikan oleh Pegawai SKM cawangan Pasir Mas 

Peserta2 yang hadir sedang tekun mengikuti taklimat yang sedang disampaikan oleh Penceramah

 

BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN LAMAN WEB PROFFESIONAL BERASASKAN JOOMLA! 3.4

Pada 12 hingga 14 Februari 2016 bertempat di The Kandu Resort, Gopeng, Perak yang dianjurkan oleh Unit Teknologi Maklumat ANGKASA telah mengadakan Bengkel 3 hari 2 malam di atas. Tujuan Bengkel ialah untuk memberi kemahiran pada Ahli-Ahli Lembaga Koperasi membina laman web Koperasi dengan aplikasi Content Management System (CMS) secara PERCUMA dan BEBAS berasaskan perisian joomla.

Koperasi telah menghantar wakilnya iaitu En. Shamsul Bahri b. Mohd Amin untuk mempelajari kemahiran membina laman web tersebut. Ini selaras dengan saranan yang telah diutarakan oleh Penaung Koperasi sendiri iaitu En. Azhan Haris bin Ajidan acara perasmian Hari Pelancaran Koperasi supaya Koperasi mempunyai laman web sendiri. Oleh itu, laman web ini akan menjadi saluran penghubung antara Koperasi dan anggota-anggotanya.

 

Bengkel sedang dibimbing oleh En. Zaki Peserta2 sedang tekun mengikuti Bengkel
   
 Bengkel turut disertai oleh pelbagai latarbelakang dan jantina  Bengkel turut dibimbing oleh En. Noh
   
Sijil Kehadiran telah disampaikan oleh Ketua Unit Perhubungan ANGKASA Negeri Perak Setiap Koperasi juga ditawarkan oleh ANGKASA mempunyai sub-domain sendiri di bawah domain coop.my 

 

 

 

Anda berada di sini:Laman Utama Uncategorised