Pelancaran Hari Koperasi & Mesyuarat Agung Anggota Koperasi ke-2
Bertempat di Institut Kemajuan Pekebun Kecil, Kuala Krai, Kelantan
Pelbagai pilihan baju
Sah sehingga Disember 2016

TAKLIMAT PROGRAM LATIHAN MKM 2016

MAJLIS TAKLIMAT PROMOSI PROGRAM LATIHAN MKM 2016

Pada 26 Januari 2016 ( hari Selasa ) bertempat di Hotel New Pacific, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan dengan kerjasama Sektor Perkhidmatan Kewangan dan Perbankan, Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) telah berlangsung Majlis Taklimat di atas kepada semua Koperasi yang berdaftar untuk seluruh negeri Kelantan.

Taklimat bertujuan untuk memberi penerangan, garis panduan, cara memohon Program-Program Latihan tahun 2016 yang telah dibukukan sebagai pemudahcara untuk rujukan semua Koperasi mengikuti Latihan.

Dengan adanya Panduan Buku Latihan tersebut, maka Ahli-Ahli Lembaga Koperasi dan Anggota-Anggota mereka boleh mengambil peluang dan kesempatan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota2 bagi memajukan potensi diri dan kemajuan ekonomi Koperasi masing2. Program diberikan secara PERCUMA dan lokasi yang ditetapkan antaranya di Pusat Latihan Induk di Petaling Jaya atau di kawasan Jajahan masing2.

Hampir 500 orang perwakilan dari Koperasi negeri Kelantan telah hadir Buku Latihan MKM 2016

Untuk semua kemudahan anggota2 Koperasi, Buku Latihan MKM 2016 tersebut boleh dirujuk di pejabat Koperasi di Kota Bharu.     

   

Anda berada di sini:Laman Utama GALERI GALERI BENGKEL TAKLIMAT PROGRAM LATIHAN MKM 2016